Insan, Hamba yang lemah #1



assalamualaikum, 

sudah sekian lama tak update blog. hmm mungkin disebabkan terlalu sibuk dengan urusan dunia yang tidak pernah selesai . jujur aku cakap, aku terlalu sibuk mencari dan menimba ilmu dan kadang kala sifat tamak untuk menambah ilmu itu semakin membuak-buak di dalam diri membuatkan aku tidak mengenali waktu siang mahupun malam . aku terlalu inginkan kejayaan yang tidak tahu lagi akan menjadi milik aku atau tidak?
sungguh, kadang kala terlalu sibuk mencari ilmu aku lupa akan maha pencipta. aku tahu, sia-sia sahaja kalau aku belajar banyak mana pun kalau ilmu itu tidak berkat, tak berguna juga . 

Ya, hambamu ini sedar Ya Allah. Dan hambamu ini sedang berusaha untuk mendekatkan diri kepadaMU . Hamba cuba Ya Allah~

Tabahkan hati hambamu ini YA ALLAH . . .